"Cara Yang Lebih Baik dan Jimat Dari Adwords Untuk Membina Subscriber Lists dan Mencari Prospek"

Jawapannya Terkandung Dalam Artikel Ini. Ketahui Rahsia Yang Belum Terbongkar, Google Adwords VS Ebay.


Dari: Team SaifulSham.com
http://www.saifulsham.com

Salam Ceria Buat Pembaca Dihormati,

Sebelum kita bermula, sukacitanya saya mengingatkan, artikel kita pada hari ini mempunyai rating 1 PL. Bermaksud, ia tidak sesuai dibaca oleh  mereka yang belum membuat walau satu jualan pun di Internet lagi. Saudara saudari disayangi, jika anda berada di dalam golongan ini, untuk kebaikan bersama, berhenti membaca. Artikel ini bukan untuk anda kerana ia mengandungi tips yang agak hebat dan anda belum cukup mampu mengawal kuasanya.

"Raksasa Yang Comel & Baik"

Sebenarnya, penulisan saya ini adalah hasil dari perbincangan saya dengan seorang partner saya di Chicago (YM). Pada permulaannya saya bertanyakan beliau mengenai prospek perniagaan di Ebay US. Adakah ia masih relevan untuk disertai penjual-penjual baru dan produk apakah yang paling panas dan dikehendaki rakyat Amerika. Kami melakukan siasatan ini kerana mendapati begitu ramai pembaca buku "Rahsia Buat Duit Dengan Internet" yang kepingin untuk menuai hasil di Ebay antarabangsa dan melangkaui Ebay tempatan yang percuma. Harus saya ingatkan, Team SaifulSham selama ini masih belum mengorak langkah secara aktif di pasaran antarabangsa (kecuali untuk membeli belah) kerana landskapnya sangat berbeza dengan Ebay tempatan.

Jika anda kurang maklum, Ebay antarabangsa berbayar. Dan, persaingannya sangat hebat. Ditambah lagi kos penyenaraiannya juga boleh tahan mahal, ia bukanlah tempat bermain penjual-penjual internet yang baru. Kami telah merencana sistem untuk terjun ke Ebay antarabangsa, namun buat masa ini kami masih melakukan kira-kira dan eksperimen buat mendapatkan cashflow yang seimbang. (cuba memanipulasi dan mencari insider secrets untuk berniaga di Ebay) Kami tidak mahu membelanjakan berpuluh-puluh ribu untuk mencari formula buat duit di Internet kerana risiko kegagalan sangat tinggi. Prinsip niaga kami mudah, Start Small, Finish Big. Buatlah bisnes apa sekalipun, prinsip ini pegangan kami. Lain bezanya jika kita hanya berteori semata-mata. ;)

Apa yang membingungkan kami, kenapa wujud penjual yang meletakkan harga yang sangat rendah seperti 1 cent, 99 cents, 1 dollar dsbnya. Sedangkan kos penyenaraian+ kos yuran Paypal pun sudah menelan lebih dari itu.

(mereka bukan nak cekik darah dengan yuran penghantaran yang terlampau seperti barah yang menyerang Ebay Malaysia)

Dan ketika mencari logik dan rasional itulah, partner saya itu membuka satu rahsia yang belum terbongkar...

Tapi sukacitanya saya mengingatkan sekali lagi, ujian dan formula ini dijalankan atas dua kondisi:

  • Anda telah berpengalaman membuat jualan
  • Ebay antarabangsa dan bukan Ebay tempatan

Suka saya tegaskan, jika anda tidak berhati-hati, tidak berpengalaman menjual dan kurang mahir, anda boleh kehilangan wang yang banyak, sama seperti jika anda menggunakan Adwords tanpa kemahiran. Dan formula ini mungkin tidak menjadi di Ebay tempatan.

 Loss Leader Membuka Kunci Potensi Ebay

Loss Leader adalah jualan pertama yang rugi bertujuan untuk sekadar mendapatkan pelanggan. Kerugian tersebut akan ditampung oleh keunutngan dari jualan kedua dan seterusnya oleh pelanggan tersebut. Konsep pemasaran ini memaksimakan sepenuhnya potensi dan nilai seumur hidup pelanggan terhadap perniagaan kita. Untuk menggunakan konsep pemasaran ini, anda mestilah mempunyai produk yang mantap dan respons pelanggan yang cemerlang supaya pelanggan tidak beroleh pengalaman membeli yang negatif bersama anda. Jika hal yang demikian terjadi, sebarang pelaburan yang anda lakukan terhadap pelanggan akan menjadi sia-sia.

Baiklah, mari kita lihat screenshot di bawah:

Persoalannya, bagaimana dan menagapa penjual ini meletakkan produknya pada harga yang sangat rendah? Sedangkan yuran penyenaraian Ebay dan Paypal pun menelan sekurang-kurangnya US$ 0.50. Dan untuk menghapuskan keraguan, harga tersebut bukan juga bertujuan untuk menarik pembida membuat bidaan! Harga tersebut ada maksudnya. Dan rahsia inilah yang kita akan selami sekarang.

Sebenarnya, dengan cara lambakan produk digital pada harga rendah ini, mereka menarik targetted prospect ke dalam email list mereka. Cuba anda fikir, siapa yang akan beli produk-produk seperti ini?

Sudah tentu mereka yang berminat bukan ataupun paling kurang, pasti pernah mendengar tentang produk tersebut dan curious bukan?

Apabila pembeli membeli produk tersebut, penjual telah menyediakan satu sistem automatik untuk menghantar produk tersebut ke emel pelanggan dan meninggalkan testimoni positif. Di samping itu, alamat emel pelanggan tadi akan turut dimasukkan ke dalam list khas. Nah, di sini lah rahsianya. List tersebut kemudiannya akan di follow up seperti mana list yang dibina menggunakan program Adwords. Pembeli tadi akan di upsell dan nilai seumur hidup pelanggan akan bertambah.

Semuanya berjalan secara automatik.

Bagaimana Perlumbaan Yang Sengit Dimenangi Ebay

Keuntungan menggunakan Ebay untuk mendapatkan subscriber dapat dilihat jika kos bidaan sesuatu keyword Adwords atau Overture lebih dari 50 cents (US$). Jika dihitung kira, katakan keyword "Internet Marketing" menggunakan Adwords adalah 60 cents satu klik. Sedangkan, jika anda menggunakan Ebay, kos yuran penyenaraiannya cuma 20cents+5.25%(neg) dan juga kos Paypal 30cents+neg. Anda sudah untung beberapa cents di sini. Bayangkan jika sehari anda mendapat 20 subscriber dari Ebay, berapakah kosnya jika anda menggunakan Adwords untuk bilangan subscriber yang sama?

Tambahan pula, jika conversion rate bagi squeeze page anda lemah, bayaran untuk klik yang keluar tanpa mendaftar dari laman web anda tetap sama, 60 cents. Namun jika anda menggunakan Ebay, anda hanya perlu membayar 20 cents. Dan anda boleh senaraikan semula pulak tu! :) Jika anda berjaya mendapat pembeli pada penyenaraian kali kedua itu, yuran penyenaraian kali kedua anda akan dipulangkan.

Jadi ternyata, Ebay menghadiahkan nilai tambah yang lebih kepada anda.

Anda juga boleh menggunakan pelbagai variasi dari strategi ini. Contohnya, mendapatkan subscriber dengan percuma. Caranya, senaraikan produk tersebut pada harga 99 cents , harga ini menarik, nampak murah dan pada masa yang sama melebihi modal yang anda keluarkan untuk penyenaraian produk tersebut. Secara kasarnya anda memperoleh untung 30cents setiap pembeli, tidak termasuk pembelian upsell akan datang! Lumayan juga bukan?

Cara ini boleh anda ulangi untuk niche-niche yang lain juga. Namun, ingin saya tegaskan sekali lagi, cara ini bukan pengganti untuk PPC. Ia boleh dijalankan secara serentak untuk kesan maksimum. Namun, jika dibuat perbandingan ROI teknik ini jauh lebih tinggi dari ROI menggunakan PPC.

Langkah ini juga akan memberi hasil berkali-kali ganda jika anda menggunakan Ebay Store. Kos penyenaraiannya lebih rendah dan lebih lama. Jadi anda akan meningkatkan ROI anda.

Bagi anda yang kabur bagaimana teknik ini boleh berkesan, jawapannya ada dalam tabiat pembeli. Jika anda membeli di laman web lelongan, bagaimana anda membida? Adakah anda akan terus membeli lelongan yang paling cepat habis? Sesetengah dari kita mungkin mencari lelongan yang paling murah untuk dibida, dan sesetengah dari kita akan menggunakan fungsi "SEARCH" untuk mencari produk yang sama. Dalam kedua-dua tabiat membeli belah ini, produk 1 cent ini pasti akan tersenarai! Nah terjawab lah di situ.

Jadi jika lain kali anda tertanya-tanya bagaimana penjual-penjual 1 cent ini boleh menyenaraikan produk mereka berkali-kali dan masih membuat keuntungan, inilah jawapannya!

Baiklah, sebagai satu hadiah untuk anda, anda boleh menggunakan artikel ini untuk blog, laman web atau apa sahaja kegunaan dengan syarat anda TIDAK mengubah artikel ini dan mengekalkan maklumat mengenai penulis di bawah. Anda juga perlu memaklumkan kepada kami di mana anda telah meletakkan artikel tersebut, jika anda menggunakannya sebagai satu isi emel, sila forwardkan kepada saudagar-at-saudagar.com.my. Jika anda rasa artikel ini perlu sedikit perubahan dari segi ayat untuk disesuaikan dengan laman web anda (perubahan kecil sahaja), sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di http://support.saifulsham.com untuk melakukannya bagi pihak anda

 

Kotak Informasi:

Sabri Hassan Assa’ari adalah Pengasas SaifulSham.com, Portal Informasi Keusahawan No. 1 Malaysia. Beliau juga merupakan penulis buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” yang boleh di dapati di kedai-kedai buku berhampiran anda ataupun tempah online di www.Saudagar.com.my

Untuk lebih banyak lagi rahsia-rahsia dalaman seperti ini, anda boleh mendaftar sebagai ahli kelab SaifulSham.com di

Email:
Name:
Hak Cipta Terpelihara SaifulSham.com Consultants Mengenai Rahsia Perniagaan Internet