|
"Mitos"
kekayaan internet #1
Kebanyakan
rakyat Malaysia hari ini memperoleh pendapatan di Internet
dengan menyertai program picisan seperti program mencari
downline, autosurf, dibayar untuk membaca email, skim
pelaburan berpulangan tinggi dan sebagainya.
Kami minta maaf
jika anda salah seorang dari mereka. Kami tidak melarang,
bahkan menyokong anda. Apa yang anda lakukan tidak salah
selagi ia mendatangkan sumber pendapatan tambahan yang
setimpal untuk anda. Namun, apa akan terjadi sekiranya satu
hari nanti syarikat tersebut gulung tikar? Pendapatan anda
akan turut terjejas bukan? Skim-skim ini bukanlah
satu-satunya cara untuk menjana pendapatan dari Internet.
Terdapat pelbagai lagi cara yang lebih stabil, terjamin dan
kurang berisiko yang boleh anda ikuti.
Di dalam buku
kami ini kami tidak akan mengajar anda bagaimana
menghasilkan wang di Internet dengan menyertai
program-program ataupun skim-skim yang tidak berasaskan
perniagaan. Sebaliknya, kami membantu anda memulakan
perniagaan anda sendiri yang berasaskan konsep jual-beli
yang sebenar. Kami pecaya, jika seseorang manusia itu
disediakan dengan ilmu pengetahuan, maka campakkan la beliau
ke mana sahaja, beliau akan mampu meneruskan hidupnya.
Itulah yang akan kami lakukan, empowering you,
supaya nasib dan masa depan kewangan anda berada di dalam
kawalan anda sendiri.
"Mitos"
kekayaan internet #2
Modal yang
diperlukan untuk memulakan perniagaan Internet sangat besar.
Ia sangat berisiko dan ia adalah satu bentuk pelaburan yang
tidak menguntungkan.
Kami bermula
dari RM kosong. Pertamanya kami menjual barangan di pusat
lelongan percuma seperti Ebay Malaysia dan Lelong.com.my.
Keuntungan dari situ kami gunakan untuk membina sebuah
website ecommerce yang menghasilkan keuntungan konsisten
selepas itu. Siapa kata perlu modal besar? Kami sudah
buktikan, tidak.
Bahkan, jika
anda mahu terus membina laman web yang mampu menjual, kami
telah tunjukkan caranya bagaimana untuk memastikan kosnya
seminimum mungkin mengikut keperluan anda.
"Mitos"
kekayaan internet #3
Saudagar
Internet menjadi kaya-raya kerana pelanggan mereka datang
dari seluruh dunia dan mereka mempunyai akses kepada 7
billion penduduk planet bumi. Mereka boleh jual apa sahaja
dan masih mendapat pembeli. Saya juga boleh menjadi Jutawan
Internet dengan mudah, saya boleh menghasilkan wang tanpa
perlu membuat apa-apa!
Benar, saudagar
Internet mempunyai akses kepada seluruh penduduk bumi yang
melayari Internet. Tetapi tidak semestinya saudagar Internet
kaya-raya. Ramai juga yang papa dan akhirnya perniagaan
mereka lingkup.
Mengapa?
Kerana
keusahawanan Internet bukanlah satu alat. Ia adalah satu
kemahiran yang perlu dikuasai. Seperti perniagaan di dunia
nyata, ia perlu diuruskan dan diperbaharui. Cuma, kerana ia
meminjam kuasa Internet, ia lebih mudah, murah dan pantas!
Dan kami tidak akan melakukannya bagi pihak anda. Ia adalah
tiket pasti untuk anda ke lembah kegagalan.
Tetapi kami akan
membantu. Kami akan memandu. Kami akan membina dan mengasah
kemahiran anda. Tips-tips yang kami kongsi memastikan anda
tidak ketinggalan. Tutorial video kami pula mengajar anda
bagaimana untuk menguruskan perniagaan Internet anda
sendiri dengan mudah.
"Laman
web yang perlu dilawati, perkataan apa yang perlu ditaip,
bahkan butang mana yang perlu di klik pun ada ditunjukkan di
dalam pakej buku+VCD tutorial kami. Anda tidak ada sebab
untuk gagal"
Kemahiran ini adalah
milik anda, ia tidak sesukar mana. Kami juga bermula dari
kosong. Kami mengalaminya!
|
Malahan saya berasa alangkah bertuahnya mereka2 yg dapat membeli buku saudara itu kerana tidak perlu melalui segala kepayahan yg terpaksa dilalui org lain sebelum ini.
Apa yg mereka perlu lakukan ialah mengaplikasikan apa yg telah dipersembahkan di dalam buku & vcd tutorial itu.